Assalamualaikum. :-)

Mulakan lah sesuatu perkara dengan kalimah yang baik

Sunday, April 24, 2011

Army oh Army

Hahha...aku sendiri tak sangka cmana masuk dunia army nie..tak terlintas pun di fikiran aku before masuk kampus. Everything ada hikmah di sebaliknya.Dunia askar aku bermula apabila aku mendaftar masuk sebagai kadet PaLaPes UMS (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) or Reserve Officer Training Unit(ROTU)..banyak pengalaman pahit dan manis sepanjang aku jadi kadet.Aku hidup bersama 93 orang skuad aku Intake-12 yang ditauliahkan di USM tahun lalu. Sama susah sama senang,tu prinsip yang ku guna pakai sampai sekarang,,,,aku sayang skuad aku..Tak dapat nak ceritakan apa yang ku lakukan time latihan atas sebab janji aku pada Ikrar Taat Setia "Menyimpan Rahsia Negara Seketat-Ketatnya.


Now after 3 tahun bergelar kadet..aku telah ditauliahkan oleh Raja Perlis bersama-sama skuad aku.Aku menyambung perkhidmatan dengan bekalan yang ku perolehi sepanjang 3 tahun lalu sebagai pegawai sukarela di UMS..di samping cari income sampingan.Aku tak keseorangan...ada lagi skuad aku yang sama2 menjalankan tugas atas perintah

Saturday, April 23, 2011

Saat Jatuh dan Saat Berada Di Atas

Apabila berada di atas,,jangan lupa pada yang berada di bawah. Kita takkan mampu sampai ke atas sekiranya tak memulakan langkah pertama daripada bawah.

Apabila berada di atas, tak mustahil akan jatuh..haruslah waspada dan hati-hati. Ada yang jatuh sebab tergelincir,tersasar dan "dijatuhkan". Keseimbangan dan kekuatan adalah perkara yang penting.

Apabila berada di bawah..jangan hanya merenung kepada yang berada di atas..mulakan langkah dengan dan doa.PerkARa yang penting adalah usaha,keyakinan,fikiran positif dan sokongan.

Apabila berada di atas,,,jangan lupa bersyukur dan berterima kasih pada yang membantu anda...tidak terkecuali diri anda sendiri.
Exam oh exam


Minggu ni aku ada dua paper exam..hari isnin 25 April 2011 dan hari Khamis...huhu.InsyaAllah nilah exam terakhir aku setelah memakai gelaran student UMS selama 4 tahun. Sedar tak sedar dah 4 tahun aku study kat sini. hehehe...

Pada kali ini jadual aku agak membahagiakan...seminggu dua paper sahaja.Tapi perlu berhati-hati sebab kelekaan akan membawa kepada kegagalan.Pagi2 dah bangun awal sebab nak buat persiapan untuk sehar.Kemas buku,meja,tempat tidur dan sebagainya.Wah2 rajin gak aku...hurm..apapun kena dilakukan sendiri..jangan malas~malas...aku sentiasa beringat pada statement yg dikeluarkan oleh lecturer aku tue.

Slip exam,kad matrik,ic ,alat tulis dan yang berkaitan perlulah disediakn.Apa yang penting,adalag persiapan fizikal dan mental ..doa daripada Mak Ayah amat penting. Kemaafan perlu dihulur pada kawan-kwan...sapa tahu kite ada salah dan silap yang sedar or tak sedar. Bersihkanlah hati dan fikiran daripada benda-benda negatif.

Semoga berjaya....kejayaan tu menanti anda untuk dihampiri .:-0

Friday, April 22, 2011

Hidup

Hidup ini telah dirancang oleh Tuhan ..segala baik dan buruk sesuatu perkara yang berlaku pada diri anda mesti ada sebab tersendiri. Semenjak kecil sehingga sekarang banyak peristiwa yang kita alami.Pahit dan manis adalah asam garam kehipan.Hidup ni jika takde masalah,takde makna la.Kekuatan hati dan mental amat penting dalam melayari cabaran hidup.satu-persatu masalah yang datang pasti membawa hikmah.Tuhan tidak akan memberi sesuatu yang tak baik pada hamba Nya.