Assalamualaikum. :-)

Mulakan lah sesuatu perkara dengan kalimah yang baik

Saturday, May 14, 2011

Datang dan Pergi

8 May 2011.....

Tarikh ni tarikh yang akan kuiingati selama hidup ini diizinkan. Perginya seorang sahabat dan kawan aku......walaupun aku hanya sempat kenal dia 2 tahun saja,tapi pemergiannya memberi kesan terhadap diriku...dan seluruh coursemate aku UMS TESL 2007. Tidak sangka tahun terakhir pengajian kami,,khabar hiba menyinggah di hati semua sahabat dan kawan aku.Ain,pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.Tuhan lebih sayang padanya.Hanya doa mampu kami kirimkan..tak ku sangka satu setengah tahun yang lalu,adalah kali terakhir aku bertemu dengan nya.

Senyuman dan keceriaan wajahnya masih bermain-main dalam kotak fikiran aku dan lain-lain.Tidak ku sempat menatap wajahnya buat kali terakhir.Ada kenangan tersendiri antara aku dia dan seorang skuad aku.Namun doa ku sentiasa mengiringi kamu...semoga tenang di sana.

Aku kagum pada arwah sahabat ....di saat bergelut dengan kesakitan ,dia mampu lagi berjuang membuat segala tugasan,menghadap laptop dan ,menulis.

11 Mei 2011
Hari ni paper last utk pengajian akademik aku dan TESLIAN yang lain....killer subject oohh.Aku bertemu dengan semua rakan kelas ....masing-masing nervous.Kutipan derma dijalankan untuk meringankan beban family arwah.Exam dalam Dewan Canselor....Dalam dewan inilah aku bermula dengan ujian MEDSI dan tak sangka aku aka berakhir menjawab exam dalam dewan ni.

Duduk di bahagian paling depan adalah keutamaan aku dalam exam. Sedang aku menjawab soalan,tabung diletakkan di meja sebelah aku...dan gambar arwah betul2 menghadap aku..aku berdoa dalam hati...dan dia mengingatkan aku dgn semangat juangnya.Semoga kamu tenang disana..


Biar Luput dari Pandangan,
Tidak Lupus Dalam Ingatan,
Kehilangan seorang Teman,
Semua tinggal Kenangan.

Terukir senyuman manisnya,
Tergambar gurau tawanya,
Tuhan lebih menyayaningya,
Menjemputnya prgi Terdahulu.

Bersemadi jasadnya kaku,
Diiringi gerimis syahdu,
Air mata tak tertahan lagi,
Menangisi saat pemergian mu.

Sebuah doa yang tulus ,
Mengiringi pemergian mu,
Biar detik waktu berlalu,
Sampai bila kau kuingati.

Hari-hari berlalu,
Bersama Harapan
Moga Tenang kau di sana~~~~~Norain Binti Awang Limudin (1987-2011)
Lyric Modified From Sekuntum Kemboja Yang Gugur (Hijjaz)

Sunday, April 24, 2011

Army oh Army

Hahha...aku sendiri tak sangka cmana masuk dunia army nie..tak terlintas pun di fikiran aku before masuk kampus. Everything ada hikmah di sebaliknya.Dunia askar aku bermula apabila aku mendaftar masuk sebagai kadet PaLaPes UMS (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) or Reserve Officer Training Unit(ROTU)..banyak pengalaman pahit dan manis sepanjang aku jadi kadet.Aku hidup bersama 93 orang skuad aku Intake-12 yang ditauliahkan di USM tahun lalu. Sama susah sama senang,tu prinsip yang ku guna pakai sampai sekarang,,,,aku sayang skuad aku..Tak dapat nak ceritakan apa yang ku lakukan time latihan atas sebab janji aku pada Ikrar Taat Setia "Menyimpan Rahsia Negara Seketat-Ketatnya.


Now after 3 tahun bergelar kadet..aku telah ditauliahkan oleh Raja Perlis bersama-sama skuad aku.Aku menyambung perkhidmatan dengan bekalan yang ku perolehi sepanjang 3 tahun lalu sebagai pegawai sukarela di UMS..di samping cari income sampingan.Aku tak keseorangan...ada lagi skuad aku yang sama2 menjalankan tugas atas perintah

Saturday, April 23, 2011

Saat Jatuh dan Saat Berada Di Atas

Apabila berada di atas,,jangan lupa pada yang berada di bawah. Kita takkan mampu sampai ke atas sekiranya tak memulakan langkah pertama daripada bawah.

Apabila berada di atas, tak mustahil akan jatuh..haruslah waspada dan hati-hati. Ada yang jatuh sebab tergelincir,tersasar dan "dijatuhkan". Keseimbangan dan kekuatan adalah perkara yang penting.

Apabila berada di bawah..jangan hanya merenung kepada yang berada di atas..mulakan langkah dengan dan doa.PerkARa yang penting adalah usaha,keyakinan,fikiran positif dan sokongan.

Apabila berada di atas,,,jangan lupa bersyukur dan berterima kasih pada yang membantu anda...tidak terkecuali diri anda sendiri.
Exam oh exam


Minggu ni aku ada dua paper exam..hari isnin 25 April 2011 dan hari Khamis...huhu.InsyaAllah nilah exam terakhir aku setelah memakai gelaran student UMS selama 4 tahun. Sedar tak sedar dah 4 tahun aku study kat sini. hehehe...

Pada kali ini jadual aku agak membahagiakan...seminggu dua paper sahaja.Tapi perlu berhati-hati sebab kelekaan akan membawa kepada kegagalan.Pagi2 dah bangun awal sebab nak buat persiapan untuk sehar.Kemas buku,meja,tempat tidur dan sebagainya.Wah2 rajin gak aku...hurm..apapun kena dilakukan sendiri..jangan malas~malas...aku sentiasa beringat pada statement yg dikeluarkan oleh lecturer aku tue.

Slip exam,kad matrik,ic ,alat tulis dan yang berkaitan perlulah disediakn.Apa yang penting,adalag persiapan fizikal dan mental ..doa daripada Mak Ayah amat penting. Kemaafan perlu dihulur pada kawan-kwan...sapa tahu kite ada salah dan silap yang sedar or tak sedar. Bersihkanlah hati dan fikiran daripada benda-benda negatif.

Semoga berjaya....kejayaan tu menanti anda untuk dihampiri .:-0

Friday, April 22, 2011

Hidup

Hidup ini telah dirancang oleh Tuhan ..segala baik dan buruk sesuatu perkara yang berlaku pada diri anda mesti ada sebab tersendiri. Semenjak kecil sehingga sekarang banyak peristiwa yang kita alami.Pahit dan manis adalah asam garam kehipan.Hidup ni jika takde masalah,takde makna la.Kekuatan hati dan mental amat penting dalam melayari cabaran hidup.satu-persatu masalah yang datang pasti membawa hikmah.Tuhan tidak akan memberi sesuatu yang tak baik pada hamba Nya.

Sunday, March 20, 2011

Sunshine~~~

09/11/2011 .Tarikh ni...tarikh yang akan aku ingat sampai bila-bila
Sangat istimewa ..tarikh ini aku kenal dengan seorang anak buah aku and now dia jadi adik angkat aku~~Allah know everything.


Perkenalan aku dengannya bermula dengan kegembiraan dan sehingga sekarang dalam kegembiraan.Hehe.
Aku harap persAhabatan aku dengannya mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.If ada keizinan,sampai ke akhirat akan ku ikat tali persahabatan ni.Insya Allah

Before this aku tak pernah jumpa dia....dengar sore selalulah...now,,baru-baru nie dia datang ke tempat aku UMS.Syukur sangat pada Tuhan cz beri aku peluang ketemu dengan adik angkat aku sorang nie. Berdebar gak ,yelah selama ni hanya kt dunia teknologi kami kenal.

Bagi ku,,dia amat istimewa...macam adik beradik kandung aku dedek,mimi,hisham...aku nak jaga dia sebaik mungkin. Walaupun jarak jadi penghalang ,namun Tuhan tu ada ,,,doa pada Nya tak putus2 ku hulurkan agar dirinya berada dalam keadaan yang baik-baik saja.

Aku memang sayang dia sbg sahabat,teman dan adik angkat aku.heheh.Apapun semoga keikhlasan sentiasa mengiringi persahabatan kami selama izin Allah S.W.T...

Sunday, March 13, 2011

Insan Yg Istimewa

He is name Maasad Hj Asani....my beloved father.Im proud with my father...seorang anggota polis dalam unit komunikasi.Mak dan Ayah memang orang yang paling penting dalam hidup aku~Sampai hujung nyawa aku nak berbakti pada mereka.Hopefullt Tuhan sentiasa pelihara hati dan fikiran aku daripada melakukan perkara2 yang menderhaka pada mereka. Tanpa mereka,,aku takkan muncul di dunia nie.

Aku pernah bertanya pada ayah aku..kenapa letak nama aku Hafizah?dia tak jawab..hurm aku pun pergilah ke kedai buku agama,tengok2 nama-nama ISlam. Hafizah bermaksud pemelihara dan penghafaz.Disebabkan aku anak sulung,maka tanggungjawab aku memang untuk memelihara adik-adik aku.Dalam hal lain,aku bakal memelihara dan menjaga orang tua ku smapai Tuhan izinkan. Insya Allah.dan memelihara agama dan saudara seagama daripada ditindas.Amin~~~

Nor Zainah..nama mak aku. Honestly,,,mak aku daripada ayah aku.Namun pada ku mereka lah cinta hati aku sampai mana Tuhan izinkan aku hidup.Semoga hidup aku dan mereka mendapat keredhaan dunia dan akhirat.

Tuesday, February 15, 2011

Assalamualaikum. :-)

Salam perkenalan kepada dunia blog.saya pun baru belajar nak buat blog ni,walaupun dah lama tahu tentang kewujudan blog tapi still tak terbuka hati lagi. Saja nak mencuba la ni ceritanya.Harap-harap sentiasa update jugak la sebab aku ni jenis malas nak taip banyak-banyak.Apa yang bakal ku coretkan dlam blog ni adalah jalan-jalan cerita hidup aku yang ingin ku kongsi..Manalah tahu ada yang boleh bagi pendapat or teguran.Sharing is Caring ;-) .Minta maaf awal2 sekiranya terdapat statement yang agak berbunyi pedas,kasar and buat korg terasa hati ke.Nobody is perfect.Welcome to my life..like Simple Lane song.

Tak kenal maka tak cinta ..memang betul la stement ni...tanpa kenal orang tue macam ne la nak sayang kat dia.hahahah...Namaku Hafizah Binti Maasad ,,umur sekarang dah masuk 23 tahun.Namun ada apa pada angka.Baik buruk seseoarang tu tak dapat dinilai guna angka. Thats why,aku suka bergaul dengan semua peringkat golongan,kecil-besar and tua-muda. Nobody is perfect kan...

Kt rumah and kg halaman family panggil Pija...heheh.Since aku kecik lagi la sampai la sekarang.Masuk sekolah menengah,ntah tiba-tiba seorang kawan aku bagi nama Pijut.Sampai sekarang orang kenal aku dengan nama tu especially dalam dunia pelajar.Amat jarang orang panggil aku Fizah...hehe.Terasa ayu la plak.

Im Sabahan yang tinggal kt sebuah homewtown bernama Semporna.Aku lahir kt Miri Sarawak ,then tranfer pergi Tawau dan latest sekarang tinggal kt Semporna. Hahaha...banyak pindah tempat cz aku ni anak polis..Im proud with my father. So aku ni agak suka berjalan kesana kemari.hehe

Aku anak sulung meh...ada 2 orang adik pempuan yang masing-masing dah dewasa dan seoarang adik lelaki.Halizah,Hasmidah dan Hisham ...mereka adalah amanah dan tanggungjawab yang bakal ku pegang pada suatu masa nanti.Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan.Sapa pun mereka tetap adik-adik aku. baik buruk dioerg akan ku banggakan dan perbetulkan .heheh

Tu serba sedikit pasal family kecil aku..apapun aku cuba menjadi hamba Allah dan anak yang terbaik.Sesungguhnya redha Tuhan bergantung pada redha ibu-bapa kita untuk hidup di dunia ini.Janganlah sekali menghancurkan harapan ibu-bapa dan keluarga..:-)